Sunday, February 5, 2012

.::Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2012::.

5th Januari 2012

Hari ni kmi bangun awal dan bersiap seawal 5 pagi... Huhuhuu... Setiba di Padang Merdeka, majlis baru sahaja bermula... Kami bersarapan di padang... Kesian, budak2 nih.. Alhamdulillah, SMKA Tun Datu Mustapha menjadi KONTIJEN TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH untuk kali yang kedua... Syukur... Antara kenangan yang menarik sepanjang perarakan...






Saturday, February 4, 2012

.::Borneo Upside Down House::.

4th February 2012

Pheww.. Today, I was woke up very late... Thanks to my friend because of her phone call I really had woke and rushed to the bathroom.. haha... Well actually, we want to go to this interesting place.. We saw the advertisement in the FB... It was called "Rumah Terbalik" or The Upside Down House of Borneo"...





Saturday, January 28, 2012

.::Girls day out::.

28th January 2012 (Saturday)

Well... It’s been a while since I last messing around inside this dusty blog... First week of school early this year was a chaos!! I can’t barely sit or rest even just for a moment... I became an information counter for all the students’ parents especially the newbie which is form 1... Yes!! Ask me!! Like I know everything... Actually... I am not the right person... Sad!! Sad!! Sad!!

‘SBPA’ every teacher in the school was keeps on talking about it... Hmmm... No further comment about it...

Flu and sickness... Yes!! I’ve been recover from it... I had a very bad flu last week in the third week of January and I can’t barely stand up and even walking!!! My head was spinning like a wheel... My whole body feels so weak at that time... I was very SICK!! I went to the clinic and the doctor gave me MC for 1 day... I appreciated the leave... Even just for a day... I just needed rest... I’ve been working so hard past few weeks... I even came during night...

Fun!! I love to say it out loud FUN!! Yeah... I know my schedule was really pack until this coming March but as a single lady, I still spare my time for that... SPA, Movies and hang-out with my best friend is a MUST thing to do... Today, 28th January 2012... My best friends and I are going out and having a good time together... Discussing about life and bla... bla... bla... Hahaha... I love that... I think that a wrap for January update... Hope I get a good feedback from the bloggers out there... Thanks

Sunday, January 1, 2012

.::2012 Keep on believing::.

1st January 2012 (Sunday)

Finally it starts today... Warm welcome to 2012, early morning I woke up and pray may my journey throughout the year will be blessed.. I hope many great things will make this year memorable... The foremost resolution for this year is KEEP ON BELIEVING in ALLAH that is a MUST, My family and of course to myself (hidden talent that linger inside of me, haha)... I hope this year my career will be improved and I will be more committing to it... I hope I’ll find someone that can share my feelings with... I hope my dream house will be not just a dream, I want to fight anything to make it become a reality.. May Allah bless me.. Amen..

I love to share a poem that really reflects my resolution this year...
“Believe in yourself
Believe that you have the destiny
The innate ability to become all you expect of life you maybe going
Through some difficult time
Wondering about, how things will turn out
Find the meaning of life
Struggles and accomplishments
Don’t put away the dreams inside you
Be hopeful and determine
To make yourself exactly what you want to be
BELIEVE IN YOURSELF... BELIEVE IN YOUR FAMILY
NOTHING IS BEYOND YOUR REACH
IF YOU KEEP YOUR FAITH TO YOUR CREATOR (ALLAH)”

HAPPY NEW YEAR 2012

Saturday, December 31, 2011

.::Thank you 2011, Hello 2012::.

31hb Disember 2011 (Sabtu)


Alhamdulillah.. Akhirnya 2011 melabuhkan tirainya hari ni.. Pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun ni.. Jika di coretkan mungkin mengambil masa yang agak lama... Biarlah aku pendekkan ceritaku sepanjang tahun 2011...

"Awal januari 2011... Seperti biasa sekolah dibuka, aku adalah salah seorang guru yang sangat sibuk dengan pendaftaran dan aktiviti2 yang dilaksanakan.. Soal perasaan pulak.. (hadoii.. ni yg payah ni.. hahaha) Seorang jejaka telah hadir semula didalam hidupku.. Namun.. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari... Dia memutuskan untuk hanya berkawan selepas berjumpa dengan ku di akhir januari 2011, maka cintaku berakhir di januari.. huhuhuhu...

Februari menjelma dengan seribu harapan agar dia kembali... Namun.. Tiada khabar berita, ku fokuskan diri dengan kerjayaku.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun mindaku masih mengingatinya... Cisss... (Jiwang...)

Mac menjelma.. Ujian 1 untuk semua pelajar.. Aku antara guru yang sibuk menanda kertas ujian dan mengemaskini markah para pelajar ke dalam buku rekod dan membuat analisis... Ingatan kepadanya masih ada... huhuhuu...

Awal april... Aktiviti kian bertambah dan pelbagai tugasan serta kursus perlu dihadiri.. Alhamdulillah.. Ingatan padanya kian susut...

Mei... Meraikan hari lahir daddy dan adik-adik dengan penuh meriah... Sambutan hari guru yang membuatkan aku begitu sibuk sekali... disamping itu aku juga sibuk menanda kertas ujian penggal pertama.. Hadoiyaiii...

Jun menjelma akhirnya umurku genap 26 tahun, terima kasih ku panjatkan pada ilahi kerana masih memberikan aku peluang untuk bernafas hingga kini.. Alhamdulillah...

Julai... Aku merayakan hari lahir ibuku dengan meriah bersama adik beradikku yang lain...

Ogos... Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ku sambut meriah bersama keluargaku yang tercinta...

September... Tugasku semakin bertambah2...

Oktober.. Laporan.. Laporan.. Laporan... mesti dihantar tepat pada masanya...

November... Mengawas SPM 2011

Disember... Terkejut.. Akhirnya jejaka yang ku idam2kan selama ini bertunang dengan orang lain..."



2011 banyak memberiku memori yang indah dan sedikit pahit.. Aku berharap 2012 bakal menjanjikan pengalaman yang lebih baik berbanding tahun ini.. InsyaAllah.. Aaminn...

Friday, December 23, 2011

.::Man Jadda Wa Jada::.

23hb Disember 2011 (Jumaat)


Banyak contoh yang kita temui dalam kehidupan seharian, banyak orang yang tidak menerapkan prinsip ini. Mereka cepat menyerah, berhenti berusaha, dan menyerah pada nasib.

Mereka suka mengatakan “saya tidak boleh”.

OK, bagi yang tahu ertinya, man jadda wa jada bererti sesiapa bersungguh-sungguh pasti dapat apa yang diinginkan. Setahu saya, ini bukanlah hadis, tetapi sejenis pepatah Arab yang mengandungi makna yang mendalam.

Kata kunci dalam pepatah ini ialah jadda atau maksudnya bersungguh-sungguh. Jadi, sejauh mana kita sudah mengamalkan pepatah ini, sejauh kita bersungguh-sungguh?

Jawablah persoalan ini dalam hati kita dengan ikhlas. Ukurlah diri kita tanpa dalih tanpa alasan (jika bersungguh-sungguh ingin maju).
• Sudahkah kita bersungguh-sungguh melihat peluang?
• Sudah berapa kali kita gagal dan bangkit mencuba lagi?
• Seberapa gigih dan tabah kita dalam mencari solusi masalah?
dan sebagainya.

“Tapi saya…” jika kita masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih tidak berusaha, ertinya kita belum bersungguh-sungguh. Mungkin dalih kita benar, tetapi kita tidak akan meraih apa yang kita inginkan.

Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Kekuatan fikiran, hati, dan tubuh kita sudah cukup untuk mengatasi masalah kita. Sebesar mana pun masalah kita.

Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita menanamkan man jadda wa jada dalam kehidupan kita.

Sunday, December 18, 2011

.::AKU BUKAN PEREMPUAN ITU!!::.

18th Disember 2011 (Ahad)

Dikala sendirian aku membaca sebuah artikel yang menarik dan aku ingin kongsikan pembacaanku ini bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca blog usangku ini.. Kepada yang sudi membaca, terima kasih aku ucapkan.. :)

Ini adalah antara isi kandungan artikel yang aku baca.. Semoga perkongsian ini memberi iktibar kepada kita yang bergelar wanita, InsyaAllah..


"Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.


Aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi.

Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan.


Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu.

Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]